SOALAN LAZIM

 1. Apakah alternatif untuk berhenti Vape ?


 Lakukan Senaman


Kenapa pentingnya lakukan senaman ini adalah untuk mengalihkan perhatian dan ingatan anda daripada vape. Jika anda tidak menggemari senaman yang ekstrim, lakukan sahaja senaman di rumah yang mudah dilakukan. 


Kebaikan bersenam adalah ia dapat menghilangkan tekanan dan meningkatkan penghasilan endorphin yang secara tidak langsung memberi tenaga positif kepada tubuh badan kita. Tubuh badan yang letih selepas bersenam turut membolehkan anda untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti. Ini amat penting dalam membantu menangani insomnia kesan daripada kehilangan nikotin.



2. Apakah punca ramai pelajar IPT terjerumus dalam kegiatan Vape?

Terpengaruh rakan sebaya antara alasan yang diberikan pelajar bawah umur terlibat dengan gejala merokok dan rokok elektronik. Selain pemantauan oleh ibu bapa dari rumah dilihat bersikap acuh tidak acuh didakwa menjadi punca mereka berani mencuba bahan tersebut.




No comments:

Post a Comment