KESIMPULAN

 Kesimpulannya  jelaslah bahawa amalan penggunaan vape dan rokok ini tular di kalangan rakyat Malaysia dan memberi kesan yang negatif kepada diri serta  masyarakat. Antara faktor utama bagi remaja dan belia dalam penggunaann vape dan rokok juga bermula daripada pengaruh rakan sebaya. Hal ini demikian kerana mereka lebih meluangkan masa bersama kawan- kawan berbanding keluarga.Selain itu, keluarga juga antara punca mereka mula berminat untuk menghisap rokok dan vape. Mungkin para ibu bapa lupa yang mereka itu adalah  guru pertama kepada anak-anak  kerana pendidikan awal itu datangnya dari rumah. Jadi, anak-anak berfikiran bahawa setiap perbuatan ibu bapa mereka itu  betul  maka mereka akan meniru perbuatan mereka. Hal ini bertepatan dengan mana tidak tumpahnya kuah kalua bukan ke nasi.

Jika bukan diri kita sendiri mengambil inisiatif, siapa lagi yang mahu melakukannya? Oleh itu, sebagai seorang yang bijak dan matang, kita haruslah menyebarkan kesedaran tentang keburukan  rokok dan kesan pada diri dan masyarakat .Bukan itu sahaja, semua pihak juga perlu mengambil tindakan  dan bersinergi  bagai aur dan tebing  dalam  menyelesaikan masalah  ini  seperti mengadakan kempen kesedaran agar dapat menaikkan kualiti taraf kesihatan para penduduk  di Malaysia.



No comments:

Post a Comment